buNga2 CiNtA...:)~~~

Sabtu, 18 Februari 2012

Lelaki Idaman Saya.....



Lelaki idaman Saya...    

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman.
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam 
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah. 

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama 

Dialah lelaki idaman saya ......................

...........................................................................................................................................................................................................................


ketaNdusan....

Dimulakan dengan lafaz ASSALAMMUALAIKUM....
 selawat serta salam untuk nabi besar kita... MUHAMMAD S.A.W... serta ucapan syukur kepada ALLAH S.W.T yang masih memberi ruang dan peluang untuk terus hidup di muka bumi ini sebagai hambaNya... InsyaAllah....

Seringkali hati kecil ini berbicara... entah mengapa.. tidak dapat menafsir apa sebenarnya yang diingini oleh hati kecil ini... segala persoalan timbul... bertubi-tubi...
APA..SIAPA..BAGAIMANA... KENAPA.. dan segalanya....

Soalan yang aku sendiri tidak pasti , dan mana mungkin ada jawapan pada soalan yang tidak pasti... aku bermunasabah diri... bertanya pada diri sendiri.. apa sebenarnya yang aku cari... 

Aku sebagai khalifah di bumi yang fana dan penuh dengan pancaroba ini sering kali mencari kesempurnaaan... kerana inginkan kesempurnaan hingga aku menjadi keliru dalam membuat keputusan....  Walau seperit mana sekali pun hidup ini perlu diteruskan... 

....................................................................................................................................................................