buNga2 CiNtA...:)~~~

Khamis, 8 Disember 2011

" MY LOVE... :)

Assalamualaikum WBT....


Ibu,
Ingin saat ini ku kucup dahimu,
Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu,
Mengalirkan air mata dalam pelukanmu,
Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.

Ayah,
Aku rindu cium tanganmu,
Tangan yang berhempas pulas mencari rezeki,
Aku rindu kata-katamu,
Kata-kata yang jarang kau ucap namun dapat menaikkan semula diriku.
Ibu, Ayah,
Aku rindu menatap wajahmu,
Aku rindu masakanmu,
Aku rindu nasihatmu,
Aku rindu gelak tawamu.
Ibu,
Maafkan aku ketika aku malas membantumu,
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu,
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik,
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik.
Ayah,
Maafkan aku ketika aku bermasam muka,
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa,
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu,
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik.
Terima kasih cintaku, ibu dan ayah,
Aku bangga jadi anak kalian...........

Sekian sje..:) kita akhiri bacaan blog nie dengan tasbih kaffarah... :)





~~" BersyUkurlah yg BergeLAr WaNitA....:)


Assalamualaikum WBT....


Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah -An nisa'-.
Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.
Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha -.
Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; "Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".

 Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya "Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah".
 Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.
Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap Tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah Maha Besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.
Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para Sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita? But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".

Sekian sje..:) kita akhiri bacaan blog nie dengan tasbih kaffarah... :)

Rabu, 7 Disember 2011

~~~ BuNga-buNgA CintA... ~~~


Assalamualaikum WBT....

 => Bagi sesape yang dah tngok cerita DALAM MIHRAB CINTA sure taw   lagu nei.. serius best.. huhu..:)

 => Seha siap wat tone fon lagi klo orang call... :)







Lirik Lagu Dude Herlino & Asmirandah – Bunga-Bunga Cinta (OST Dalam Mihrab Cinta)



Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta..........................




~~" KekAsihkU......:)


Assalamualaikum WBT....





Wahai pemilik cintaku...
Aku ingin mencintai-Mu
Aku ingin menjadi kekasih-Mu
Aku rindu untuk bertemu dengan-Mu
Aku dambakan redha-Mu


Namun.. siapalah aku?
Apakah aku mampu?
Apakah aku layak?
Sesungguhnya aku malu
Aku malu kerana sering meminta
Aku malu kerana sering memohon
Aku malu kerana sering merayu
Sedangkan aku sering melupakan-Mu
Aku sering lalai dan leka melaksanakan perintah-Mu
Aku sering lupa dan alpa melakukan suruhan-Mu
Maka..layakkah aku mendapat cinta-Mu?

Wahai kekasih Allah
Aku rindu untuk berjumpa denganmu
Aku rindu untuk menatap wajahmu
Aku rindu untuk mendengar suaramu
Walaupun aku tidak pernah melihat wajahmu


Aku tahu..
Kami tahu..


Kau sangat mencintai kami.. umatmu
Kau menyayangi kami
Kau merindui kami
Tetapi..layakkah kami menerima cintamu?
Layakkah kami menerima kasih dan rindumu?
Sedangkan kami sering melupakanmu
Kami sering mengabaikan sunnahmu
Kami sering lupa untuk menyebut namamu
Dan kau pula tidak pernah melupakan kami
Sehinggalah ke saat-saat kewafatanmu
Maka..layakkah kami menerima cintamu?

Wahai bakal pendamping hidupku...
Aku ingin mencintamu kerana Allah
Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Dan aku ingin merinduimu juga kerana Allah

Aku ingin kau seorang pemuda yang soleh
Kerana aku mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu
Aku ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya
Kerana aku ingin menjadi bidadarimu di syurga
Aku tidak memerlukan rupa dan hartamu
Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah
Dan aku ingin kau mencintaiku kerana kau mencintai-Nya


Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun..adakah aku layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan aku tidak punya apa-apa
Aku hanyalah gadis biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Mahukah kau mencintaiku?



BY : ILUVISLAM... :)

~~" ciNtA taNpA nOdA....:)




ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA...

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

Isnin, 5 Disember 2011

~~~ JejaLAn CUtiE seKOLah.... ~~~

Assalamualaikum WBT....

YEYE..!! cuti sekolah dah start..!! ak sebagai seorng guru.. eh guru ke..hentam sja la labu.. :) sonok kowt dok umah cuti2 nie.. meriah tol umah tok mail.. cucu semua pakat blek.. gamat rumah di buatnya.. ngan bersepah bgai.. yang tukang bersepahnya.. jgan ckap ar.. ramai.. !! yang nak kemas sape..???? ak jugak... tension tol... hahahaha..

X perlu la kowt nak cite pasal rumh selerak wat malu je..FOKUS..!!! ak ak cite pasal g jejalan je pown.. memandang kan cuti masih lame lg..kiteorng pown plan la g jalan2 satu fmily.. memndang ramai budak2 so,destinasi yang dipilih adelah TAMAN TASIK TAIPING.. dekat n menjimatkan kos... budak2 pown sonok leh main2...

Bagi nak menjimatkan duit,kiteorng bawak bekal.. macam2 gak la.. kenyang sagt..x payah nak bwak kua duit..jimat duit aku!!!..hehehe.....

Layan je lah pic kt bawah nie.... :)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
v
v
v
v


Pak Teh seorang yang penyayang.. huhu... 
x terkawal ngn kenakalan anak2 sedare... :) 

sofea n akis x hbis ngan senyum diorang... mase nie akis bru je pas menangis.. kena paksa ngan mama suruh senyum gak..  hehehe  .. nmpak sgt bru pas nangis... sob,sob... :(

Anak sape la yang gigi rongak ni ye..huhuhu:)

Ainnul x padan ngn kecik ad hati nk men jugak ye..
. nti tgu besar cket m.cik bwk men ag ye... :)

Nie ag sorang mat lentok n senyum..:) .
 pandai plak duduk sopan ye... so sweet.. :) klo nangis seposen pown x laku... hikhik..:)

Pak Uda x perlu la nak wat muke terkejuz sgt... cover siket.. huahuahua.. :)

HUH..!!! sakan tol erk k'ida.. posing aje.. adik wat muke comey nmpak... hihi..:)

Heroin Malaya..!!! x gentar langsung.. hidup sofea...!!! hehehe:)

Akhirnya ad gak pic ak... hahaha :) pic cover badan yg dh mcm tong dram..hehehe
saje amek part belakang... huhuhu:)

penat bermain..berehat sebentar.. hehehe
nmpk sgt muke penat...

huishhh..!! budak si sofea nie mmg power gler ah..
memacam skil dya try..!! x padan ngn kecik...sume orang dok tngok dya..lawak tol... hahahaha :) 

serius time sume dh pent sgt kowt main.. pakat2 lapaq tak terkira... makan tepi jlan..
sume orng dok tngok... wat hati kering je mkn.siap leh berebut2 lagi 2...
 mmg terbaik la.. family pak mail nie..... huahua :)

Seronok punyer pasal ..sampai x hengat nak balek umah.. nak dekat magrib gak la kterong balik... rase cepat tol masa berlalu.. Akcely berjuta-juta lemon lagi gambar yang di snap..!! tpi yg ni je smpat ak wak msuk... next time ade lgi.. doakan ak pnjang umo.. n ditingkatkan keimanan... Amiinn... :)



Sekian sje.. hehehe:) kita akhiri bacaan blog nie dengan tasbih kaffarah... :)

~~~ DUriaN oH DUriaN ...~~~


Assalamualaikum WBT....












Sekian sje.. hehehe:) kita akhiri bacaan blog nie dengan tasbih kaffarah... :)