buNga2 CiNtA...:)~~~

Selasa, 22 November 2011

MemOry I bErpisAh jUa..!!

Assalamualaikum WBT....



Hari tetibe mimpi ape ntah, rajin pulak godek-godek laptop.. sje tngok pic lama2.. rindu kowt.. al maklum la dah dekat dua bulan hbis blajar.. tengok je pic senyum n gelak sorang… sampai adik aku ckap.. “kak cik,hang pasaipa dok senyum sorang2..? “ n aku tengok dya.. lg lebar aku senyum.. dya ap lg wat muka x bleh blah… hehehe.. sabo je la ngn kakak ko nie erk… heheheJ
Dalam gelak n senyum aku sorang2 nie.. tercalit siket rase sdey… nk kte cket x la jugak… bnyak kowt… ntah,..!!! ap ak merepek nie… ok..!! abaikan..
Rindu tahap ape ntah kt korang sume.. Allah je yg thu, selalu teringt mse kat KUIS dlu..sume best..but,kadang2 da gak ar perkara yg wat ak hangin..!! n kite lupe kan yg hangin..n amek yg kool je.. huahua.. boleh erk cm 2… whatever la… pd entri yang yang lepas…( klik sini) aku da msuk kan bnyk pic mse sem last kte, n last klas… korang ingt ag x…Dan pada petang yang agak2 mendung cuace dye kt area rumah aku.. rumah korang  x taw la kan.. hehehe..
Sebelum 2, layan dlu ayat2 sahabat kt bawah nie… ZZZzzzzzsss…J

.............................................................................................................



""\SAHABAt yang baik akan sentiasa berada di sisi pada saat kita memerlukannya. Setiap insan memerlukan seorang teman, hidup secara berkelompok atau memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan. Sebuah persahabatan yang bahagia memerlukan jalinan perasaan yang luhur, tulus dan sejati.Sikap egois sememangnya tidak perlu wujud 
dalam konteks persahabatan kerana ia akan menghancurkan persahabatan itu sendiri.
Sebaliknya, ia diganti dengan sikap saling memahami dan percaya-mempercayai antara satu sama lain. Persahabatan yang terjalin dengan tulus dan ikhlas ternyata menjadi kunci terbaik dalam mengekalkan sesebuah ikatan persahabatan.:

Sahabatku...Jika hari ini aku terlalu gembira, Sedarkan aku dengan amaran Allah swt...Jika Aku bersedih tanpa kata, Pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta...
Jika aku lemah tak berdaya,Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga...
Jika antara kita ada tembok pemisah,Ajaklah aku meleraikannya segera....

Dan... Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku.....
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku.. Moga Ukhuwah kita untuk SELAMANYEE....



...................................................................................................................................
Tempat: RIMBA KLASIK
Tarikh : 14.5.2011














 
see..??? nampak x bertapanya seorang aku yang terlalu rindu kan sahabat-sahabatnya... korang lak... rindu x kt aku???.. hehehe :)


Sekian sje.. hehehe:) kita akhiri bacaan blog nie dengan tasbih kaffarah... :)

Isnin, 21 November 2011

LagU I istikhArAh ciNtA..~~~ ^_^



.............................................................................................................
Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com



Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta..

.............................................................................................................




~~~ biAq pi La... ~~~ #1

Assalamualaikum WBT....


"AKU TIDAK MENCARI CINTA, 

AKU MENUNGGU CINTA,

MENUNGGU BILANYA MASA 

ALLAH IZINKAN AKU BERCINTA.. :)"




...................................................................................................................................................................
pendek je... sje nk hilangkan borink...hehehe :) hepy2 selalu...
owh..!! lupe plak.. memandangkan malam nie ade pelawanan bola sepak MALAYSIA VS INDONESIA...(21.11.2011) (AK X MINAT SGT POWN.. )

aku doakan moga Malaysia menang...!! "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA... : :)


 sekian sje.. hehehe:) kita akhiri bacaan blog nie dengan tasbih kaffarah... :)

Ahad, 20 November 2011

30 PerkAra TeNtang WaNita ...: (",)

Assalamualaikum WBT....






1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


(spe la nie agaknye ek... x bleh blah..hihihi :)

 sekian sje.. hehehe:) kita akhiri bacaan blog nie dengan tasbih kaffarah... :)

"SurAt Buat AyAh yaNg bakAL ....................."


Assalamualaikum WBT....

Hurmmm,,,,.....
menghela nafas lega... petang2 cam nie best sbenarnyer klo tido..tpi x mo la tido memandangkan ak tetiba rjin nk update blog.. hari nie ak juz nk share smthing yg dh lme sbnrnya ak taip.. tpi dh bersawang dlm PC kt umh ak... niat hati benda alah nie ak nk bg kt ayah.. tpi x berkesampaian... x silap, ak taip surat ni mse thun 2009, mse sem 1 kt KUIS.. (skrng dah bulan 11, 2011... dh lme kowt...hehehehe )

Ini adalah sepucuk surat yang hendak dilayangkan kepada seorang ayah yang amat disayangi dan dihormati.. 
surat ini bertujuan untuk meluahkan ape yang terbuku dalam hati kecik seorang anak yang ayahnya bakal mendirikan sebuah masjid buat kali kedua... pelbagai perasaan yang wujud dalam diri... segalanya bercmpur baur... x silap ak taip surat nie,smbil nangis.. hayati sangat la konon... name pown luahan hati... heheheheh :) :) :) ^_^ 

Hensem kan :) tengok la ayah spe... hehehe :) pic nie mse knduri kwin sanah..  ak x ingt tarikh tpi bulan 12.2008...

My sweetheart...!!!!!  berkat usaha diorng berdua maka lahirlah ak ke dunia yg penuh dengan pancaroba ini... mak..!!! kak rindu sgt kt mak... :(


....................................................................................................................................................................

Assalammualaikum..

Buat tatapan ayah yang ku sayangi.. moga ayah berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya di bawah payung RahmatNya… kak di sini, Alhamdulillah sihat sejahtera.. pertama sekali kak nak minta maaf kalau coretan ini menggangu situasi dan keadaan ayah… beribu kemaafan kak pohon pada ayah.. Buat pengetahuan ayah, kak gembira sangat.. tengok ayah gembira .. kak juga turut gembira, walaupun ayah x Nampak kegembiraan kak pada raut wajah.. tapi, secara jujur dari hati kak gembira sangat tengok ayah bahgia..

Erm, terus terang kak nak bagi tau kat ayah, bukan kak x suka ayah kawin lagi.. kak dah terima hakikat yang ayah dah mendirikan sebuah lagi MASJID, buat kali ke dua.. walau macam mana pun halangan dan tentangan yang ayah hadapi serta lalui semasa proses perkahwinan beberapa bulan lalu.. semua itu hanya dugaan dari yang Esa.. nak menguji ayah sahaja.. dan kami sebagai anak2 walaupun pada mulanya menghalang hasrat ayah untuk berkahwin lagi, semua itu hanya kerana terkejut!!!! Mana tidaknya arwah tidak sampai setahun tinggalkan kita, dan ayah telah temui penggantinya.. sedih di hati tidak sapa pun yang tahu kehilangan seorang yang sangat di sayangi dan dikasihi… tapi bila direnungkan kembali, semua itu telah di tentukan oleh yang Maha Mengetahui… kita hanya merancang dan Dialah yang menentukan segalanya… itulah yang dikatakan qhada dan qhadar dari Allah…

Maaf sekali lagi kalau ayah ada lihat perubahan pada diri kak … sesungguhnya, kak tetap anak ayah  yang macam dulu… tak pernah berubah.. kasih sayang kak pada ayah tetap sama macam dulu… kak sedar bila balik rumah je kak banyak diam dan buat hal sendiri.. semua tu bukan apa, kak rasa lain sangat bila ada kat umah, dah x rasa macam dulu..rasa sunyi dan kosong… ayah pun dah x banyak cakap dengan kak..  nak ajak keluar jauh sekali..teringat masa sebelum masuk kuis dulu selalu keluar dengan ayah, pergi sana, pergi sini.. ayah selalu melawak, gelak sama-sama… kalau x percaya tanya adik dia pun rasa ape yang kak rasa..

Betul kata orang.,, kita x baik berebut kasih sayang.. nanti kasih sayang kan pergi jauh dari kita.. bukan kak nak bandingkan kasih sayang ayah pada kami anak ayah dan anak tiri ayah.. tentang tu ayah pun boleh fikir sendiri x payah la kak nak terangkan lagi… kak hormat sebab dan alasan ayah nak kawin dengan mak cik ta… salah satunya ayah nak membela dan menjaga anak yatim, sungguh baik hati ayah.. besar pahalanya kita memberi serta menbantu anak yatim…

Ayah…..
Kak nak minta tolong boleh tak??? Sedih sangat tengok adik,, kesian dekat dia.. x tahu la ayah sedar atau tidak.. ayah macam buat tak tau je kat adik, kesian dia.. mana tak nya sebelum ni kan dia rapat sangat dengan ayah.. sekarang dah lain, cakap dengan adik pun jarang.. adik sedih… dia nak rasa macam dulu.. ayah manja dengan dia.. selalu bawak dia keluar, pergi tesco, keluar makan… semua tu dia dah x rasa.. bukan apa dia kan anak bongsu dan kecik lagi, sedih bila fikir dia dah lalui semua 2, tambahan lagi mak dah x dak..

Percayalah, kak dan semua sayang sangat pada ayah,, ayah tiada penggantinya… walaupun tidak luahkan dengan kata-kata, tapi itulah hakikatnya… kami semua nak ayah bahagia dan ada orang jaga ayah itu je… Alhamdulillah sekarang ayah bertambah sihat, senang hati kak tengok ayah.. ayah jaga diri baik-baik ye.. kalau ada apa bagi tau kat kak… maaf  kalau masa kat kuis kak jarang telefon ayah, bukan kak x ada masa nak telefon ayah… tapi ayah pun tau kan kak x boleh cakap dengan ayah dalam telefon mesti nak menangis dan sebak.. x boleh nak kawal diri rasa sebak dan sayu je bila cakap dengan ayah..hati ni tiba-tiba rasa tersentuh dan sensitive bila dengar suara ayah… masa kat kuis selalu teringatkan ayah.. kak selalu telefon wan tanya keadaan ayah.. senang hati kalau dengar kabar ayah sihat..

Kak undur diri dulu, buat sekian kalinya kak minta maaf kalau coretan dan luahan hati nie da yang tersinggung hati ayah,, jutaan kemaafan kak pohon.. ayah doakan ye kejayaan kak disini.. sesungguhnya restu dan doa ayah amatlah penting.. InsyaAllah kak akan lakukan yang terbaik untuk ayah.. kak dah bertekad dan berjanji dengan diri sendiri akan hadiahkan ayah sebuah kejayaan..


....................................................................................................................................................


Hingga ke hari ini... surat nie dh nk dekat 3 tahun ak simpan n hari ni tetiba plak nk share ngn diary maya ak.... hehehe



(my hErO (ayAh) n my mAk cik (stepmother)!!.. ^_^)



Ayah n mak cik ak kawin bulan 7.2009... Alhmdulillah, segala tanggapan ak terhadap ibu tiri
 selama ini..betul2 meleset.. family ak dikurniakan dengan seorng ibu tiri yang baik.. hehehe :) abaikan kate2 orng len..bab diorng x rase ap yg kte rase... ap yang dh ALLAH tentukan dalam hidup kte ni, adelh yg terbaik.. memang x sme mcm ibu kite..bnyk sgt kelainan tpi still ad kelebihan yang tersendiri... 




Sekian sje.. hehehe:) kita akhiri bacaan blog nie dengan tasbih kaffarah... :)

Sabtu, 19 November 2011

petUa : tip-tipS meNcapAi kejAyAan...:)

Assalamualaikum WBT


Hehehe... gelak sorang2, :) :) :) 
ntah kenapa sejak 2 menjak nie rajin lak ak update blog.. spirit ape ntah yg dah msuk dlm bdn ak nie...pelik tol..dh lme sgt blog nie dibiarkn sepi... bru2 nie plak rse cm rindu plak kt diary maya ak nie... (^_^) 


ok,hari ak just nk share smething.. iaitu tip-tips bg sesape yg ngh dok belajaq lg.. ak x la pndai mne dlm nk bgi tip nie.. tpi bleh cket2.. layan je la erk...:) O_0............ ~~~~~~~


( comey tol budak nie... by google.. :)

Bismillahirrahmanirrahim


1- Perbetulkan niat setiap hari ~ tuntut ilmu kerna cari redha Allah

2- Kekalkan berwudhu

3- Baca doa (keluar rumah, masuk kelas, sebelum belajar, selepas belajar)

4- Bertanya kalau tidak faham. Usah malu, nanti sesat jalan.

5- Hormati guru

6- Banyakkan membaca quran, berzikir, berselawat~ dapat tajamkan minda

7- Selalu doa pada Allah~ minta Allah lapangkan dada kita, beri kita mudah faham dan ingat ilmu, minta Allah berkatkan ilmu yang telah dan akan kita pelajari, minta Allah permudahkan segala urusan kita

8- Minta ibu bapa, saudara2 jauh, kawan2 mendoakan kita~ sangat penting! Doa mendoakan!

9- Jaga makan dan minum. Penting!

 
sekian sje.. hehehe:) kita akhiri bacaan blog nie dengan tasbih kaffarah... :)

Jumaat, 18 November 2011

BUat bakaL "ImAm daLam setiAp SOLatkU..."


Aku sedang menanti dia,
Seorang lelaki yang akan bergelar suami,
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH,
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah.


Dia seorang lelaki yang tegas dan berani,
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar,
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.


Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya.


Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,
Dia menasihati ku supaya mengingati mati,
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.


Dia memang sentiasa kelihatan penat,
Matanya penat kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari.



Dia sentiasa mengingati mati,
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,
Kita hambaNYA adalah pelakon,
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.


Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.


Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak,
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.


Dia sentiasa menjaga solatnya,
kerana itulah maruah dirinya,
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya.


Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,
Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI.


Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga,
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali,
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.


Aku mencintai dia kerana agamanya dan 
kerana cintanya kepada Maha Pencipta,
Andai dia hilangkan cintanya,
maka hilanglah cintaku pada dia,
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.


Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia,
Kerana,Dia pilihan ku..Amin.... 


 ( cis,..!! gmbr sume x mo kalah.. nk yg hnsem je...hehehe )

khAs uNtUk yg b'geLAr AdAM & HawA...



Assalamualaikum WBT

Untuk Adam, andai mahu mencari hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Utuk Hawa..andai mahu menerima cinta adam..

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah, sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya, tetapi hari ini mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki, kadang-kala berkopiah, dari mata nampak sungguh alim, tetapi dalam hatinya? Siapa yang tahu.. 

Sekadar renungan bersama..:) :) :) 


                                                                                                  ( kakak n abg ipar.. :)